Soriler sebab hari ni lari dari tajuk pulak..su rasa u all pun pasti alami perkara seperti ini dalam email u all,so apa kata kita baca tentang ini:-
SECARA umumnya "spam" adalah e-mel komersial yang tidak diundang atau tidak diminta oleh penerimanya. Pihak pengirim spam (spammer) juga melibatkan perniagaan sebenar yang menjadikan orang ramai sebagai sasarannya dengan harapan untuk menghasilkan banyak wang. Soalnya, bagaimana mereka boleh mendapat alamat e-mel anda. Sebenarnya ada banyak cara yang digunakan penghantar spam untuk memperolehinya.
Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan penghantar spam untuk mendapatkan alamat e-mel:
-Program "spambots" digunakan untuk "menjaring" Web bagi mengutip alamat e-mel daripada laman-laman Web.
-Program "penuai" alamat e-mel digunakan untuk mengumpul alamat e-mel dari kumpulan berita (newsgroup) dan ruang sembang (chat room).
-Penghantar spam menyertai khidmat senarai pengiriman e-mel (mailing list) dan mereka mengambil alamat e-mel setiap orang yang terdapat dalam senarai tersebut.
-Khidmat yang dikenali sebagai "whois look-ups" digunakan untuk mengambil alamat e-mel bagi nama domain yang telah didaftarkan.
-Penghantar spam mencipta tapak Web palsu yang memerlukan pendaftaran para pengunjungnya untuk mendapatkan e-mel mereka.
-Penghantar spam boleh menggunakan serangan kamus (dictionary attacks) yang boleh menyusun nama menggunakan format e-mel pada nama domain tertentu seperti Yahoo dan Hotmail. Jika pelayan e-mel berkenaan menolak nama e-mel yang tidak diketahui, maka ia akan dibuang dari senarai milik mereka.
-Penghantar spam juga boleh menggunakan serangan yang dinamakan "brute force". Serangan ini mirip serangan kamus yang menghasilkan kombinasi aksara rawak (bukannya nama pada domain tertentu).
-Penghantar spam boleh membeli senarai e-mel dari syarikat dan penghantar spam yang lain. Senarai ini biasanya mengandungi alamat-alamat e-mel orang yang telah memilih perkhidmatan surat berita (newsletter) atau membeli produk dari syarikat pada satu ketika dan memasukkan alamat e-mel mereka semasa proses penempahan. Jadi, semak apa yang anda persetujui sebelum butang SUBMIT! ditekan.
Setelah mereka mendapat koleksi alamat e-mel baru, mereka akan mengenalpasti akaun e-mel yang masih aktif dan masih digunakan.
Antaranya mereka menghantar e-mel ke alamat tersebut dengan teknik berikut:
-Mereka mengirim kandungan berformat HTML yang sedia "ditanam" dengan pautan (links) agar anda boleh membuat tindakan susulan. Apabila pautan tersebut diklik, ini akan memberitahu pengirim spam bahawa alamat e-mel anda aktif - pelayar Web anda akan mengirim maklumat yang mereka perlukan.
-Mereka boleh menempatkan pautan "untuk tidak melanggan/pilihan keluar" yang palsu di dalam e-mel yang dihantar. Anda mungkin percaya pautan ini akan memberitahu pengirim spam bahawa anda ingin membuang alamat e-mel anda dari senarai penghantaran mereka. Sebaliknya, tindakan tersebut telah mengesahkan bahawa akaun e-mel anda berstatus aktif. Anda mungkin tidak lagi menerima spam dari mereka, namun ini tidak bermakna mereka tidak akan menjual alamat e-mel anda kepada orang lain.
-Mereka boleh menggunakan e-mel HTML yang berpaut pada kandungan yang disimpan pada pelayan Web mereka apabila anda melihat e-mel tersebut. Ini juga membuktikan akaun e-mel anda masih aktif.
-Mereka memperalatkan ketetapan fungsi tertentu dan automatik yang terdapat di dalam aplikasi e-mel. Apabila penghantar spam memperolehi senarai pendek untuk alamat e-mel baru yang masih aktif, mereka akan menambahnya ke dalam pengkalan data mereka yang kemudiannya digunakan untuk mengirim emel spam. Dalam apa juga kemungkinan, mereka boleh menjual senarai ini kepada penghantar spam yang lain.
sumber dari:-jofizo.cari forum
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan.
So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie..
sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie
jemputlah jenguk!!!
Labels: Punca spam
0 Teman-teman yang sudi komen:
Post a Comment