E-MEL adalah kemudahan perhubungan popular yang selalu digunakan sejak akhir-akhir ini kerana ia lebih cekap berbanding kemudahan perhubungan yang lain.
Bagaimanapun e-mel juga mempunyai kekangannya sendiri terutamanya saiz peti e-mel penerima.
Kebanyakan e-mel berasaskan web, oleh itu saiz maklumat yang diterima adalah bergantung kepada saiz peti emel penerima itu sendiri.
Jika saiz ruang yang boleh digunakan untuk perti e-mel itu kecil daripada saiz e-mel yang patut diterima, maka e-mel itu akan ditolak kembali kepada penghantar.
Kita sukar menjangka sama ada peti e-mel penerima mempunyai ruang mencukupi kerana ruang e-mel pengguna berbeza di antara syarikat pemberi kemudahan.
Gmail memberikan 2,800 megabait (MB), Hotmail pula hanya memberikan 250MB, terdapat juga syarikat yang memperuntukkan hanya 10 atau 100MB saja.
Selain dari saiz kotak e-mel penerima, sesetengah pemberi kemudahan tidak membenarkan fail yang berformat zip atau exe untuk mengelakkan komputer penerima dijangkiti oleh virus atau perisian pengintip.
Kekangan di atas timbul kerana pada permulaan penggunaan e-mel, saiz fail yang perlu dihantar adalah kecil.
Apabila keadaan berubah maka kemudahan penggunaan fail semakin besar, penyedia kemudahan juga seharusnya turut berubah mengikut keperluan, namun perkara itu tidak berlaku.
Sebenarnya terdapat beberapa pemberi kemudahan yang menyediakan penyelesaian terhadap masalah ini.
Di antara penyedia kemudahan yang membenarkan kita menghantar fail bersaiz besar melalui e-mel ialah ‘sendthisfile’. Kemudahan ini boleh digunakan secara percuma di www.sendthisfile.com
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan alamat e-mel anda. Ia penting untuk memastikan alamat emel yang digunakan untuk menghantar adalah alamat yang sah. Satu e-mel pengesahan akan diterima di alamat e-mel yang dinyatakan.
Selepas alamat e-mel didaftarkan, anda bolehlah mula menghantar e-mel tanpa had saiz fail yang hendak dihantar.
Untuk menghantar e-mel, anda hanya perlu pergi ke laman web www.sendthisfile.com dan melakukan proses ‘Sign In’.
Skrin seperti di bawah akan dipaparkan dan anda bolehlah menghantar e-mel seperti biasa.
Walaupun anda menggunakan kemudahan email di www.sendthisfile.com namun alamat e-mel penghantar anda masih dinyatakan di dalam kandungan e-mel penerima bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak penerima.
Gambar 1 - Skrin penghantaran e-mel dan sisipan
Gambar 2 - Penghantaran sisipan sudah selesai
Gambar 3 - Skrin penerimaan di alamat e-mel penerima
Gambar 4 - Penerima perlu menekan pautan ‘Download’ untuk memperoleh sisipan yang disertakan.
Gambar 5 - Fail yang dihantar boleh disimpan ke dalam cakera keras dengan menekan butang ‘Save’./
Selain dapat memberi kemudahan menghantar fail bersaiz besar, ia juga boleh menerima penghantaran fail beformat .exe atau zip tanpa risiko e-mel pihak penerima menghalang penerimaan fail terbabit.
Perlu diingat bahawa fail yang dihantar akan hanya disimpan di dalam pelayan ‘sendthifile’ selama tiga hari saja.
Selepas itu ia akan dipadam. Jika anda ingin memanjangkan masa simpanan, pendaftaran untuk akaun yang berbayar boleh juga dilakukan.
sumber:myMetro
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan.
So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie..
sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie
jemputlah jenguk!!!
0 Teman-teman yang sudi komen:
Post a Comment