PELAYAN proxy ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan.
Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan.
Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda.
Pengguna akan dihu bu ngkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan meman jangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.
Misalnya, anda meminta untuk mencapai laman web Harian Metro dengan menaip alamat URL http://www.hmetro.com.my. Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.
Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan web Harian Metro yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan dipanjangkan terus ke komputer anda.
Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi.
Menjawab pertanyaan anda itu, untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur.
Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.
Cara mengubah tetapan proxy untuk IE: 1. Klik Tools > Internet Options 2. Klik tab Connections 3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.
4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).
5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh 6. Klik Close Cara mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x: 1. Klik Edit > Preference 2. Klik tab Advanced 3. Klik Network 4. Klik ‘Manual proxy confi guration’ dan isikan alamat IP serta pelabuh pelayan proxy 5. Klik Close. Untuk makluman anda, kemungkinan juga laman yang anda cuba capai itu dihalang pentadbir rangkaian organisasi anda bekerja.
Sila pastikan juga anda tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan.
So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie..
sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie
jemputlah jenguk!!!
1 Teman-teman yang sudi komen:
ade cara lain x utk msuk lman web yang dhlang?contoh...u sya halang masuk ke web rapidshare ,jd susa utk sy mndownload muvi n lagu..
Post a Comment