.
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan. So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie.. sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie jemputlah jenguk!!!
jusmate5

Teknik menyekat laman web tertentu

Terdapat cara untuk menghalang laman web tertentu daripada dilayari ahli keluarga. Contohnya laman web pornografi.

  1. Tukarkan tetapan dns untuk menggunakan opendns.org yang mana ia adalah perkhidmatan dns dengan ciri yang tidak ada pada perkhidmatan dns lain.
  2. opendns.org bercirikan penapis kandungan, penyekat domain dan penapis laman web lucah. Pengguna boleh memilih kategori laman web yang hendak dihalang
  3. Bagaimanakah ia dihalang? Komuniti di sebalik tabir opendns.org membantu mengkategorikan laman web yang sudah ditandakan dan membuat undian sama ada ia daripada kategori penanda yang selamat atau sebaliknya.
  4. Cara menggunakannya amat mudah yang mana pengguna hanya perlu menaip alamat laman web terbabit.
  5. Misalnya, www.hmetro.com.my. Pertanyaan ini akan dihantar ke pelayan dns yang dipasang di komputer atau router kita. Dalam kes ini, ia adalah pelayan opendns.org.
  6. Pelayan opendns.org akan mengenal pasti sama ada laman web itu berada dalam kategori yang disekat atau tidak.
  7. Jika ia berada dalam kategori disekat, maka ia akan kembali dan memaparkan mesej ralat. Jika tidak, ia akan keluar seperti biasa.
  8. Ikuti langkah berikut untuk menggunakan pelayan opendns.org:
    -masuk ke http://opendns.org dan klik ‘get started’
    -pilih persekitaran yang betul. Dalam kes anda, pilih untuk menukar tetapan DNS dalam router;
    -pilih router dan ikut saja arahan diberi;
    -daftar dan log masuk untuk membolehkan anda melaraskan perkhidmatan.

Luangkanlah sedikit masa korang untuk memberi komen di blog ini kerana setiap komen yang dibuat oleh korang amat bermakna dan secara tidak langsung ianya memberi suntikan semangat untuk saya terus menulis di blog ini...

0 Teman-teman yang sudi komen:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin