.
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan. So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie.. sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie jemputlah jenguk!!!
jusmate5

Adware dan Spyware

Adware dan Spyware boleh menyerang hak peribadi, mengandungi kod berniat jahat dan sekurang-kurangnya boleh mengganggu bila menggunakan komputer yang disambungkan kepada Internet

Adware

Adware dikira sebagai pilihan yang ditawarkan kepada pengguna yang tidak ingin membeli perisian. Selalunya iklan ditayangkan di sebahagian kecil antara muka atau sebagai “pop-up” di skrin. Bila anda berhenti menggunakan perisian tersebut, iklan tersebut pun turut hilang. Ini membenarkan pengguna mencuba perisian tersebut sebelum mereka beli dan anda selalu mempunyai pilihan untuk tidak mengaktifkan iklan itu dengan membeli kunci pendaftarannya. Bila anda keluar dari program tersebut iklannya akan turut berhenti di komputer.

Spyware

Spyware dikira sebagai program yang berniat jahat dan ada persamaan dengan Trojan Horse ia masuk ketika pengguna membuat instalasi sesuatu program lain. Cara biasa menjadi musuh spyware ini adalah semasa membuat muat turun dari komputer lain.

Spyware bekerja seperti adware tetapi biasanya berasingan dengan program percuma yang kita “install” dan ia akan masuk tanpa anda ketahui. Bila telah masuk (instal), spyware akan memantau aktiviti pengguna sama ada menggunakan Internet atau menghantar maklumat kepada seseorang. Spyware juga boleh mengumpulkan maklumat mengenai alamat e-mel dan kata kunci dan nombor kad kredit.
Di bawah ini terdapat beberapa langkah mudah dan menjimatkan kos untuk menyelamatkan komputer anda.

• Selalu buat salinan maklumat penting dan simpan di tempat selamat bukan dalam komputer

• Laksanakan program anti virus dan selalu kemas kini program anti virus

• Gunakan pengimbas virus sebelum membuka fail yang terdapat dalam disket

• Pertimbangkan untuk buat “boot disk” untuk digunakan jika komputer rosak disebabkan oleh program yang berniat jahat

• Pastikan hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan komputer anda

• Jangan gunakan perisian yang tidak sah

• Semak pelayar Internet dan tetapan e-mel untuk keselamatan yang optimum

• Para penghantar spam sentiasa mencari jalan untuk masuk ke e-mel anda, jadi jangan buka e-mel dari orang yang tidak dikenali

• Jangan laksanakan program yang tidak tahu asal usulnya dan jangan menghantar program jenis ini kepada kawan atau rakan sekerja.

• Jadikan kebiasaan untuk selalu mengimbas semua program atau fail baru tidak kira ia dari mana

• Gunakan “firewall” peribadi untuk membantu melindungi komputer dari virus, Trojan dan cecacing. Tanpa “Firewall yang bagus semua program berniat jahat ini boleh masuk ke komputer anda dengan mudah melalui Internet.

• Kemas kini dan tampal sistem operasi, pelayar web dan perisian secara kerap. Jika anda mempunyai sistem operasi windows, mulakan dengan pergi ke www.windowsupdate.microsoft.com dan laksanakan program kemas kini. Program ini akan membantu anda mendapatkan tampalan terbaru untuk komputer windows. Pergi juga ke www.officeupdate.microsoft.com untuk mendapatkan tampalan program microsoft office

• Matikan komputer dan jangan sambungkan dengan rangkaian bila tidak menggunakan komputer. “Hacker” tidak boleh menyerang komputer anda jika komputer dimatikan dan tidak disambung dengan rangkaian

Kadang-kadang sukar untuk menguruskan semua kerja yang berkaitan dengan gangguan ini, tetapi saya yakin anda tidak akan merasa susah dengan maklumat yang telah diberikan. Ambil kesempatan dengan belajar mengenai gangguan ini dan temui bagaimana mereka bekerja.

Penting bagi anda untuk tahu bagaimana untuk menggunakan maklumat ini dengan betul. Belajar dan fahami secara mendalam akan menjadi kunci untuk menjadikan mereka bekerja untuk anda pula.

Jangan hadkan diri anda dengan menolak untuk belajar lebih mendalam berkenaan Adware dan Spyware. Lebih banyak anda tahu lebih mudah anda akan fokus kepada kepentingannya.

Luangkanlah sedikit masa korang untuk memberi komen di blog ini kerana setiap komen yang dibuat oleh korang amat bermakna dan secara tidak langsung ianya memberi suntikan semangat untuk saya terus menulis di blog ini...

0 Teman-teman yang sudi komen:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin