Adakalanya sebagai blogger kita kekeringan idea untuk menghasilkan post yang menarik dan memenuhi selera pelawat.Lebih-lebih lagi jika kita menetapkan sesuatu niche bagi sesebuah blog itu.Oleh itu di sini saya cuba berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan idea iaitu:
1)Membaca blog lain yang mempunyai sama niche. Bukan untuk meniru idea atau menyalin idea mereka tetapi untuk memastikan jika ada topik-topik baru dalam niche tersebut.Selepas itu buat kajian dan tulis artikel anda sendiri.Jangan salin dan tampal sahaja.
2)Membaca suratkhabar ,buku atau majalah yang berkaitan dengan niche anda.Contohnya niche masakan ,anda boleh baca buku resepi masakan Brazil ,mungkin anda akan jumpa resepi baru yang boleh di adaptasi atau petua masakan yang belum anda pernah dengar.
3)Peka kepada perkembangan semasa dalam dan luar negeri.Banyak kejadian yang boleh dijadikan idea contohnya gempa bumi,peperangan,kebuluran atau pesta.
4)Menonton video atau televisyen.Menonton dokumentari tentang penemuan baru atau ilmu pengetahuan yang baru.Ia juga boleh mencetus idea yang bersesuaian.
5)Menyusuri Internet dan mencari bahan baru.Tidak semua orang ada masa untuk membuat demikian,maka adalah menarik jika anda dapat menghasilkan post ulasan mengenai sesuatu perkara yang di anggap baru,pelik atau menggemparkan.
Itu adalah 5 cara untuk mendapatkan idea ,selagi anda tidak melakukan kesalahan dan menciplak karya orang lain ,maka anda bebas melakukannya. Artikel yang di hasilkan di dalam blog juga satu hasil karya maka hormatilah hak kita
oleh Ahmadamirul
Korang boleh panggil aku dengan nama Azmas ataupun Su.Kenapa nama Azmas yang aku pilih???sebabnya Az tu nama suami aku dan Mas tu nama aku.Aku suka menulis blog.Hobi ku adalah bermain dengan javascript..Aku suka berkawan so kalu korang nak berkawan dengan aku,amatlah dialu-alukan.Mungkin bahasaku tidak seindah sasterawan.
So andaikata ada bait-bait kata yang menyinggung perasaan korang, aku susun sepuluh jari memohon maaf.Salam perkenalan kepada semua
maaf sebab dah lama x update blog nie..
sekarang sedang sibuk dengan blog bisness kak sue di bawah nie
jemputlah jenguk!!!
0 Teman-teman yang sudi komen:
Post a Comment